5.18.2012
3.11.2012
Selamat Menyambut Hari Pembantu Perubatan - Together We Care

Tanggal 10 Mac merupakan satu lagi tarikh bersejarah buat profesion Pembantu Perubatan (Penolong Pegawai Perubatan) di negara ini kerana tarikh tersebut telah dipilih sebagai 'Hari Pembantu Perubatan'.
Semalam, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah diadakah Majlis Sambutan Hari Pembantu Perubatan peringkat kebangsaan. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini telah dihadiri lebih dari 350 orang PPP dari seluruh negara. Majlis yang sederhana tetapi penuh meriah dan bermakna ini telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Datuk Kamarul Zaman Bin Mohd Isa.
Menyorot kembali sejarah PP, profesion ini telah wujud lebih dari 120 tahun di negara ini. Pada awalnya ia dikenali sebagai Apothecaries yang diperkenalkan oleh British Malaya di Pulau Pinang. Semasa pemerintahan British, profesion ini juga dikenali sebagai Sub-Assistant Surgeon dan kemudiannya dipanggil Dresser. Sejajar dengan peranannya yang semakin berkembang, beberapa transformasi gelaran telah berlaku iaitu Pembantu Rumah Sakit (1963), Pembantu Hospital (1970), Pembantu Perubatan (1985) dan terkini ia dikenali sebagai Penolong Pegawai Perubatan. (2007).
Sejajar dengan peranannya sebagai tulang belakang dalam sistem penyampaian kesihatan di negara ini, maka sewajarnya sambutan Hari Pembantu Perubatan pada 10 Mac diiktiraf sebagai tarikh penting dalam diari KKM dan disambut setiap tahun. Pengiktirafan ini penting bagi menghargai jasa dan sumbangan PP yang tidak ternilai bagi memastikan taraf kesihatan rakyat di negara ini sentiasa dijaga.
Kepada semua PPP ' Selamat Hari pembantu Perubatan 2012 - Together We Care'
abu aiman
3.01.2012
10.19.2011
Majlis Konvokesyen ILKKM di KSKB Ulu Kinta
Maklumat Lanjut : http://latihan.moh.gov.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=267%3Apengumuman-tawaran-mengikuti-kursus-diperingkat-sarjana&catid=41%3Aberita-a-peristiwa&Itemid=55&lang=bmabu aiman
10.05.2011
KSKB Ulu Kinta, Menggapai Impian...

KSKB Ulu Kinta merupakan satu mercu tanda baru dalam bidang sains kesihatan bersekutu di negara ini. Projek yang menelan kos hampir 400 juta ini telah berjaya disiapkan dan mula beroperasi mulai Julai 2011 yang lalu.
Lebih membanggakan ialah, kejayaan projek ini adalah kesinabungan daripada impian dan harapan semua warga KKM, BPL serta KPP Ulu Kinta sendiri. Kalau ditoleh dari daripada visi KPP Ulu Kinta iaitu '..untuk menjadikan kolej sebagai pusat pendidikan pengajian sains kesihatan bersekutu', maka bolehlah dikatakan impian tersebut telah tercapai.
Justeru, satu misi baru KSKB Ulu Kinta telah dirangka bagi menggapai impian dan harapan baru iaitu;
'Untuk merealisasikan impian dan harapan setiap insan dalam menitikberatkan kesempurnaan dalam penjagaan kesihatan dan membantu masyarakat untuk mereka lebih mengambil berat tentang pentingnya kesihatan. Ia juga menjadikan setiap pengamal perubatan bekerja lebih profesional dan berintegriti tanpa mengira agama, bangsa dan negara. Menerapkan nilai2 murni dalam diri setiap ahli dalam memberi khidmat perubatan kepada masyarakat.'
Dari segi infrastruktur, Kolej ini mempunyai infrastruktur yang setaraf dengan universiti di negara ini. Kemudahan yang sofistikated dan terkini dibina bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk semua warga kolej terutamanya pelajar.
Kolej ini mempunyai keluasan 35.5 ekar, iaitu sebahagian drpd kwsn Hospital Bahagia Ulu Kinta.Terdiri drpd 5 blok akedemik, 1 masjid, 1 dewan makan, 1 banglo kediaman pengarah, 2 kuarters pensyarah dan 2 asrama pelatih. Kampus baru ni menempatkan semula pelatih2 dari Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta, Kolej Kejururawatan Ipoh dan Kolej Kejururawatan Taiping dan satu kursus baru iaitu Pembantu Pegawai Farmasi.
Semoga kolej ini dapat meneruskan legasi kecemerlangan KPP Ulu Kinta bahkan ia diharapkan dapat mengorak langkah dengan lebih jauh lagi ke arah impian menjadi Kolej Universiti Sains Kesihatan Awam yang pertama di negara ini.
Semoga impian ini menjadi kenyataan...
abu aiman
Lihatlah kehebatan dan keindahan Kolej ini








8.30.2011
Salam Aidil Fitri 1432H
Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua warga PPP di seluruh negara serta rakan dan taulan yang yang melayari blog ini. Sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya ada yang terguris dan tercalar dek kata-kata atau tulisan maupun tindakan yang tidak disenangi. Moga-moga kedatangan 1 syawal membawa cahaya kebahagiaan dan kegemilangan buat kita semua.
abu aiman
.jpg)

